Bersama sama memperkasa wanita yang solehah, intelectual,professional,berpaksikan prinsip, mesra, caring dan sharing
Hi tea bersama Wardina
Published on January 11, 2004 By wanita In Current Events
Wanita JIM

Wanita JIM adalah sayap wanita dalam JIM yang memberikan tumpuan membina imej dan membentuk wanita Islam mempunyai identiti fundamental dari sudut pegangan dan kontemporer dalam setiap pendekatan yang juga dilengkapi dengan keupayaan memimpin yang tinggi serta profesional.
Wanita JIM juga membuka ruang untuk semua wanita dari badan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (women’s NGO) untuk bertemu, berkomunikasi, bekerjasama, bermuafakat dan mencapai persefahaman untuk kebaikan wanita seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sosio-politik atau ekonomi dalam kehidupan.

Raudhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.
Raudhatus Sakinah telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). Raudhatus Sakinah merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri. Raudhatus Sakinah telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Majlis Hi-Tea - Mekar Bersamamu

Selama sedekad Wanita JIM mengambil tempat dan menyemai bakti di dalam masyarakat. Melalui wadah ini, yang berpegang teguh kepada prinsip Islam dalam semua perkara dan komtemporer dalam setiap pendekatan menjadikan Wanita JIM tampil membina imej ‘Wanita Islam Kontemporer’ dan mempunyai identitinya yang tersendiri.
Wanita JIM akan terus menyumbang, menonjolkan isu isu, menarik perhatian, mengumpul kudrat untuk memperkasa wanita agar menjadi wanita yang boleh dipimpin dan memimpin. Beberapa tahun mutaakhir pandangan dan suara Wanita JIM telah mampu mengocak minda dalam memberi kesedaran, mendidik masyarakat dengan menjana ide-ide yang relevan dalam isu-isu wanita, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Bersempena dengan usia 10 tahun, Wanita JIM menganjurkan Majlis Hi-Tea Mekar Bersamamu bertujuan untuk:
1. Menyambut 10 tahun penubuhan wanita JIM
2. Mengumpul dana untuk Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Mekar Ceria Bersama Masyarakat

Tema “Mekar Ceria bersama Masyarakat” dipilih sebagai satu gambaran bahawa Wanita JIM dengan ahli-ahli yang dinamik dan komited akan terus menyantuni dan bersama masyarakat dalam usaha memperkasakan kudrat Wanita dalam mendaulatkan Islam.
Wanita JIM yang bertenaga segar ditambah semangat yang menyala merasa beruntung jika potensinya itu digunakan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperbaiki status kehidupan wanita semata-mata bertujuan mendapat keredhaan Allah SWT:
“… Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Wanita JIM yang berbertekad memikul beban da’wah dan bersedia berkorban tenaga, masa dan wang ringgit dengan penuh kesabaran semata-mata untuk mendapat kebaikan, keampunan dari Allah dan syurga yang tidak terkira nikmatnya:
”Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi bermacam-macam kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” (At-Taubah : 88).
Kerana wanita JIM ingin melihat wawasan Rasulullah SAW tercapai:
“Perkara ini (agama Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembusi malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik gedung maupun gubuk melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran” (HR Ibnu Hibban)




Comments
No one has commented on this article. Be the first!